IPGK TENGKU AMPUAN AFZAN

IPGK TENGKU AMPUAN AFZAN
GURU PENDETA PENDIDIK BANGSA

Saturday 7 March 2015

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.h dan salam 1 Malaysia...
Pertama sekali, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk menyiapkan laman sosial ini dengan jayanya. Terima Kasih Ya Allah.

Dikesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah EDU3093 iaitu Encik Faizal bin Hassan dari unit Ilmu Pendidikan Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis Pahang DM. Beliau adalah seorang yang amat perihatin dan sentiasa memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada kami.

Tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberikan inspirasi dan idea-idea yang bernas untuk dikongsikan bersama. Kami juga saling bantu membantu dalam segala hal. Rakanku semua, semoga Allah membalas segala jasa dan pengorbananmu.

Buat keluarga tersayang, Mak, ayah, kakak-kakak dan adik-adikku segala kasih sayang, pengorbanan dan bantuan kalian dalam masa susah dan senang akan disemadikan dalam cinta abadi. Tidak lupa kepada pasangan syurgaku, segala kasih dan pengorbananmu tiada apa yang dapat dibalas, cuma kasihku hingga ke syurga, In sha Allah. Anak-anakku yang belum mengerti erti kehidupan, ampunkan ibu jika ada kelalaian ibu semasa membesarkan dan mendidik kalian selama ibu sibuk dengan urusan dunia. Semoga kalian sentiasa dilindungiNya dan diberikan petunjuk dan hidayah dalam menjalani liku-liku kehidupan ini. Amin...

K15 adaptasi pelbagai perkembangan inovasi dan perubahan pendidikan

K14 strategi perubahan pendidikan

K13 inovasi

K12 burnout

K11 stres

K10 hak asasi kanak kanak

K9 masalah sosial

K8 akta pendidikan

K7 peraturan

K6 pengaruh perkembangan tmk

K5 kepelbagaian budaya

K4 globalisasi

K3 tonggak pendidikan unesco

K2 PENDEKMORASIAN PENDIDIKAN

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Negara Malaysia memberikan penekanan berat terhadap pendidikan kerana percaya bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam mencapai visi negara untuk memperoleh status sebagai sebuah negara yang membangun dari segi pembangunan ekonomi, sosial dan kerohanian, moral dan etika ke arah membentuk masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik. Ini juga merupakan misi pendidikan untuk membentuk sistem pendidikan bermutu dan bertaraf dunia demi merealisasikan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia (Akta Pendidikan 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001)
Justeru, salah satu cabaran utama yang dihadapi negara kita adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan supaya matlamat dan visi dapat dicapai. Dalam proses ini, guru bukan sahaja berpengetahuan dan inovatif tetapi perlu berdisiplin, bermotivasi dan komited dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Status profesion perguruan perlu dinaiktaraf demi menjadikan pengajaran dalam bilik darjah lebih menarik berbanding dengan profesion lain. Laluan ke arah mencapai matlamat ini sudah pasti menemukan banyak isu dan cabaran-cabaran pendidikan.
Terdapat isu dan cabaran pendidikan yang boleh dikategorikan seperti dalam pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan (sufean, 2004:212). Isu-isu pendidikan yang wujud sebagai fenomena memerlukan usaha yang dirancang secara sistematik untuk menanganinya. Oleh itu, guru harus berfikiran global dengan mengadunkan aspek tempatan dengan kepelbagaian entiti dunia yang berlaku begitu pantas dengan pelbagai isu yang harus ditangani secara lebih bijak dan penuh perhatian.
Secara khususnya, isu dan cabaran pendidikan yang dikenal pasti dalam negara Malaysia akan dibincangkan termasuk isu berkaitan dengan integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan UNESCO, globalisasi pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan dan gejala sosial.

K1 INTEGRASI NASIONAL

GEJALA SOSIAL



Gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan).
Sosial ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan
Gejala sosial ialah tanda-tanda, alamat atau petanda tentang segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan atau hal yang berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang.
Gejala sosial di Malaysia semakin meruncing. Gejala sosial dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu. Jenayah ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan remaja dan dewasa malahan kanak-kanak juga turut telibat dalam masalah.
Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.
Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita.
Melalui media massa mahupun media cetak pelbagai kes gejala sosial yang sering menjadi topik ataupun isu utama yang diperkatakan.