Gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan).
Sosial ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan
Gejala sosial ialah tanda-tanda, alamat atau petanda tentang segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan atau hal yang berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang.
Gejala sosial di Malaysia semakin meruncing. Gejala sosial dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu. Jenayah ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan remaja dan dewasa malahan kanak-kanak juga turut telibat dalam masalah.
Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.
Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita.
Melalui media massa mahupun media cetak pelbagai kes gejala sosial yang sering menjadi topik ataupun isu utama yang diperkatakan.
No comments:
Post a Comment